Eksplorasi Cilik Digital Sesi Mei 2024
12 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi Mei pada 11 Mei 2024, Sabtu. Seramai 7 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah STEM IoT iaitu Bahagian Tubuh Haiwan, Membuat Asas Binaan dan Blooming Flower dan juga aktiviti softskill iaitu menghasilkan Handmade bag dan membuat macaroni carbonara.
Untuk aktiviti STEM, petugas NADI telah berkongsi kepada pelajar telah tentang cara membuat asas binaan robot menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi. Asas binaan robt ini dibuat berdasarkan bentuk-bentuk seperti segi empat sama, silinder, bulat dan sebagainya. Petugas NADI telah membuat demonstrasi kepada pelajar. Pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat blooming flower dengan menggunakan kertas dan air. Petugas NADI telah membuat demonstrasi kepada pelajar. Untuk aktiviti mengenal bahagian tubuh haiwan, pelajar-pelajar diminta untuk menonton video dari Youtube dan pelajar-pelajar disediakan kertas latihan untuk mengisi tempat kosong.
Selain itu, untuk aktiviti E-Learning iaitu pelajar-pelajar diminta untuk membuat kuiz di dalam Wordwall iaitu mengenai topik Bahagian Tubuh Haiwan, Quiz Number dan Mengenal Bentuk.
Untuk aktiviti Asas ICT pula, para pelajar telah diberi tunjuk ajar untuk membuat Kad Hari Ibu dan Kad Hari Guru menggunakan Microsoft Powerpoint. Selain itu, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menulis biodata diri di dalam Microsoft Words. Pelajar-pelajar juga bermain typing games dalam talian untuk melatih pelajar menaip.
Untuk kelas softskill pula, pelajar-pelajar diajar cara membuat Handmade Bag menggunakan kertas warna dan bimbingan membuat macaroni cabonara turut dilakukan oleh petugas NADI bersama para pelajar.
Selain itu juga, para pelajar telah diberi info advokasi Klik Dengan Bijak. Tayangan video advokasi telah dipertontonkan kepada para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: